Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global.Teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks pendidikan perlu dimanfaatkan secara bijak dan berkesan serta menjaga keluhuran nilai dan etika bangsa dan agama.
ICT DALAM PENDIDIKAN
Mempelajari tentang ICT, belajar dengan bantuan ICT, dan belajar dengan menggunakan ICT adalah tiga cara pendidikan ICT. Asas ICT adalah prasyarat penting ke arah belajar dengan bantuan ICT dan belajar dengan menggunakan ICT. ICT adalah salah satu sumber media dalam pendidikan. Justeru itu pilihan ICT mestilah berasaskan sebagai nilai tambahan yang dicetuskan dalam suasana pembelajaran-pengajaran.Mempelajari tentang ICT: belajar dengan bantuan ICT, dan belajar dengan menggunakan ICT(Learning about ICT: Computer and ICT literacy)Bidang ini khusus tentang pengetahuan komputer, bagai-mana sistem komputer berfungsi, perkakasan dan peranti, perisian dan aplikasinya serta beberapa aspek yang dipelajari secara mendalam. Ia juga meliputi pengukuhan kemahiran dalam pengaturcaraan. Pendidikan komputer menjurus kepada pengkhususan bidang profesi termasuk ‘systems analysts’, ‘programmers’, ‘data analysts’, ‘multi-media developers’, dan seumpamanya. Bidang ini dipelajari di peringkat menengah hingga ke peringkat universiti.
MATLAMAT PENDIDIKAN ICTLiterasi ICT menumpukan pembinaan pengetahuan, kemahiran dan kompeten secara asas tentang beberapa perkakasan dan peranti serta perisian untuk membolehkan murid/individu melakukan tugasan mudah sesuai dengan keperluan dan tahap kognitifnya. Asas literasi ICT sesuai mula diperkenalkan di peringkat rendah.
Belajar dengan bantuan ICT: ICT sebagai alat (ICT-assisted learning: ICT as a tool)Integrasi ICT membolehkan pelajar/individu memperoleh maklumat dan menjadikannya sesuatu yang bermakna: inilah manifestasi pembelajaran yang kini berubah corak dalam ICT. ICT mampu meningkatkan motivasi, inovasi dan daya kreatif dalam pembelajaran dan pengajaran. Pelajar terangsang oleh visual, video, audio dan animasi. ICT membuka ruang bilik darjah/kuliah menjadi ruang maya (aspek rangkaian dan Internet) dan membolehkan pembelajaran berlaku tanpa dibatasi ruang dan waktu serta dalam rentak pelajar/individu tersebut. ICT juga membuka peluang bagi semua pelajar/individu yang berlainan keupayaan dan kebolehan untuk mengembang potensi mereka dan merangsang pendidikan sepanjang hayat.
Belajar dengan menggunakan ICT: ICT sebagai sumber pendidikan (Learning by means of ICT: ICT as an educational resource)Terdapat banyak sumber bagi membolehkan pelajar/individu untuk mendapatkan maklumat dan meningkatkan pengetahuan mereka. Ini termasuk perkhidmatan perpustakaan maya, e-pembelajaran, Pembelajaran maya ( ‘virtual library’, ‘e-learning’ , ‘virtual learning’) Rangkaian atau sistem ICT menjadikan maklumat yang tersimpan di luar batas geografi negara mudah diperolehi dan dipergunakan. Para pakar dan ilmuwan dapat mengongsi kepakaran mereka melalui perhubungan rangkaian Internet. Pembelajaran secara interaktif ini menyediakan ilmu cara mudah, dan mengubah (‘transform’) kelompok maklumat kepada ilmu bermakna.
Menggunakan ICT sebagai sumber pendidikan membolehkan guru mempelbagaikan pendekatan pengajaran mereka. Bantuan ICT dalam proses pembelajaran akan dapat memberikan impak yang berkesan dalam membantu pemahaman sesuatu konsep dengan mudah terutamanya bagi kanak-kanak yang lemah daya kognitif dengan bantuan bahan-bahan berbentuk interaktif multimedia.
Pendidikan ICT yang dimulakan dari Peringkat Rendah dihasratkan akan mencapai matlamat-matlamat berikut secara berperingkat:
OBJEKTIF PENDIDIKAN ICT
Bagi melahirkan generasi yang bijak dan senantiasa bertawakal dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi khususnya teknologi komputer untuk melaksanakan pentadbiran dan pengurusan secara elektronik;
Meningkatkan tahap literasi ICT dan mengurangkan jurang pemisah digital (‘digital divide’) di peringkat dalam masyarakat dan antarabangsa;
Menjadikan masyarakat berilmu melalui pengamalan pendidikan sepanjang hayat yang dirangsang melalui proses pembelajaran ICT; dan
Melahirkan individu-individu yang memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT yang sempurna dan
dapat menyumbangkan ke arah pembangunan ummah dan bangsa.
Kurikulum Pendidikan ICT menjadikan pencapaian berikut sebagai sasaran:

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.