Tuesday, April 27, 2010

Sunday, April 25, 2010

PENGETAHUAN TENTANG ICT

DEFINISI ICT

Teknologi Maklumat dan Komunikasi (ICT) merangkumi aspek teknologi maklumat dan teknologi komunikasi. Teknologi maklumat ditakrifkan sebagai teknologi yang digunakan oleh individu untuk mengumpul data dan menganalisis data menjadi maklumat berguna dan bermakna, serta untuk menghasilkan maklumat dalam pelbagai bentuk seperti teks, grafik, suara, animasi dan maya. Data dan maklumat sentiasa diperlukan untuk tujuan tertentu seperti bagi tujuan peningkatan ilmu/pengetahuan, pengalaman, kemahiran dan kemampuan. Teknologi komunikasi membolehkan individu atau kelompok individu bertukar data dan maklumat dalam ruang waktu dan tempat yang tidak terbatas, dengan cepat dan dalam masa yang sama (‘synchronous’) melalui rangkaian setempat atau global.Teknologi maklumat dan komunikasi dalam konteks pendidikan perlu dimanfaatkan secara bijak dan berkesan serta menjaga keluhuran nilai dan etika bangsa dan agama.

ICT DALAM PENDIDIKAN

Mempelajari tentang ICT, belajar dengan bantuan ICT, dan belajar dengan menggunakan ICT adalah tiga cara pendidikan ICT. Asas ICT adalah prasyarat penting ke arah belajar dengan bantuan ICT dan belajar dengan menggunakan ICT. ICT adalah salah satu sumber media dalam pendidikan. Justeru itu pilihan ICT mestilah berasaskan sebagai nilai tambahan yang dicetuskan dalam suasana pembelajaran-pengajaran.Mempelajari tentang ICT: belajar dengan bantuan ICT, dan belajar dengan menggunakan ICT(Learning about ICT: Computer and ICT literacy)Bidang ini khusus tentang pengetahuan komputer, bagai-mana sistem komputer berfungsi, perkakasan dan peranti, perisian dan aplikasinya serta beberapa aspek yang dipelajari secara mendalam. Ia juga meliputi pengukuhan kemahiran dalam pengaturcaraan. Pendidikan komputer menjurus kepada pengkhususan bidang profesi termasuk ‘systems analysts’, ‘programmers’, ‘data analysts’, ‘multi-media developers’, dan seumpamanya. Bidang ini dipelajari di peringkat menengah hingga ke peringkat universiti.

Literasi ICT menumpukan pembinaan pengetahuan, kemahiran dan kompeten secara asas tentang beberapa perkakasan dan peranti serta perisian untuk membolehkan murid/individu melakukan tugasan mudah sesuai dengan keperluan dan tahap kognitifnya. Asas literasi ICT sesuai mula diperkenalkan di peringkat rendah.

Belajar dengan bantuan ICT: ICT sebagai alat (ICT-assisted learning: ICT as a tool)Integrasi ICT membolehkan pelajar/individu memperoleh maklumat dan menjadikannya sesuatu yang bermakna: inilah manifestasi pembelajaran yang kini berubah corak dalam ICT. ICT mampu meningkatkan motivasi, inovasi dan daya kreatif dalam pembelajaran dan pengajaran. Pelajar terangsang oleh visual, video, audio dan animasi. ICT membuka ruang bilik darjah/kuliah menjadi ruang maya (aspek rangkaian dan Internet) dan membolehkan pembelajaran berlaku tanpa dibatasi ruang dan waktu serta dalam rentak pelajar/individu tersebut. ICT juga membuka peluang bagi semua pelajar/individu yang berlainan keupayaan dan kebolehan untuk mengembang potensi mereka dan merangsang pendidikan sepanjang hayat.

Belajar dengan menggunakan ICT: ICT sebagai sumber pendidikan (Learning by means of ICT: ICT as an educational resource)Terdapat banyak sumber bagi membolehkan pelajar/individu untuk mendapatkan maklumat dan meningkatkan pengetahuan mereka. Ini termasuk perkhidmatan perpustakaan maya, e-pembelajaran, Pembelajaran maya ( ‘virtual library’, ‘e-learning’ , ‘virtual learning’) Rangkaian atau sistem ICT menjadikan maklumat yang tersimpan di luar batas geografi negara mudah diperolehi dan dipergunakan. Para pakar dan ilmuwan dapat mengongsi kepakaran mereka melalui perhubungan rangkaian Internet. Pembelajaran secara interaktif ini menyediakan ilmu cara mudah, dan mengubah (‘transform’) kelompok maklumat kepada ilmu bermakna.

Menggunakan ICT sebagai sumber pendidikan membolehkan guru mempelbagaikan pendekatan pengajaran mereka. Bantuan ICT dalam proses pembelajaran akan dapat memberikan impak yang berkesan dalam membantu pemahaman sesuatu konsep dengan mudah terutamanya bagi kanak-kanak yang lemah daya kognitif dengan bantuan bahan-bahan berbentuk interaktif multimedia.

MATLAMAT PENDIDIKAN ICT

Pendidikan ICT yang dimulakan dari Peringkat Rendah dihasratkan akan mencapai matlamat-matlamat berikut secara berperingkat:

Bagi melahirkan generasi yang bijak dan senantiasa bertawakal dalam penggunaan
teknologi maklumat dan komunikasi khususnya teknologi komputer untuk melaksanakan pentadbiran dan pengurusan secara elektronik;
Meningkatkan tahap literasi ICT dan mengurangkan jurang pemisah digital (‘digital divide’) di peringkat dalam masyarakat dan antarabangsa;
Menjadikan masyarakat berilmu melalui pengamalan pendidikan sepanjang hayat yang dirangsang melalui proses pembelajaran ICT; dan
Melahirkan individu-individu yang memiliki pengetahuan dan kemahiran ICT yang sempurna dan
dapat menyumbangkan ke arah pembangunan ummah dan bangsa.

OBJEKTIF PENDIDIKAN ICT

Kurikulum Pendidikan ICT menjadikan pencapaian berikut sebagai sasaran:

Memberikan kemahiran asas kepada murid dalam mengendalikan pelbagai perkakasan, peranti dan perisian komputer, selaras dengan tahap perkembangan kognitif dan psikomotor murid- murid;
Mendidik murid-murid untuk mengongsi sama pengetahuan[maklumat] dan pengalaman [kemahiran] mengenai ICT;
Memberikan kemahiran dan keyakinan kepada murid untuk menggunakan peralatan ICT sebagai alat untuk mengembangkan pengetahuan mereka dalam pelbagai mata pelajaran;
Memberi peluang dan kesempatan kepada murid untuk belajar dan meneroka pelbagai bidang melalui peralatan [internet] dan perisian ICT;
Mengasuh sikap dan nilai yang murni dengan peraturan-peraturan ICT yang disediakan dan diserapkan melalui proses pembelajaran merentasi kurikulum.

PROGRAM-PROGRAM YANG DIJALANKAN DI SEKOLAH

@ HARI ANUGERAH CEMERLANG




@ MESYUARAT PIBG




@ TEMASYA SUKAN TAHUNAN




@ GOTONG-ROYONG




@ TUGASAN HARIAN UNTUK PELAJAR MORAL TINGAKATAN 4 DAN TINGKATAN 5




@ PERTAULIHAN PENGAWAS SEKOLAH, PERPUSTAKAAN SEKOLAH, KETUA DAN
PENOLONG KETUA KELAS, MEDIA SEKOLAH, PRS SEKOLAH




@ MERENTAS DESA

PENCAPAIAN SEKOLAH AKADEMIK 2006




PELAJAR CEMERLANG PMR

@ ZAINAL AZRI BIN ZAKARIA


@ 9A














PELAJAR CEMERLANG SPM

@ MOHD IZWANN BIN HASHIM

@ 11 A









PENCAPAIAN AKADEMIK SEKOLAH 2008


ANUGERAH KHAS PELAJAR 2008

@ ASHA KAUR RANJIT SINGH
@ 7 A







PELAJAR CEMERLANG SPM 2008

@ MUHAMMAD IKBAL B. MASKUR

@ 9A

KEBANGGAAN SEKOLAH OLAHRAGA 2008

1. ASHA KAUR a/p RANJIT SINGH
* Kejohanan olahraga MSSKL Zon Bangsar 1500m ( tempat 1), 300m terbuka ( tempat 1), wakil Zon Bangsar MSSKL 2008 300m ( tempat 2 ),
1500m ( tempat 1 ), Kejohanan Olahraga MSSM ke-50 dalam acara 3000m ( tempat 9), 1500m ( tempat 8 ),Merentas Desa Zon Bangsar ( tempat 2 ),
Merentas Desa Wakil KL di Purajaya ( tempat 14 )

2.MUHAMMAD HANIF
* Merentas Desa Zon Bangsar ( tempat 11 )

3.MOHD RAZI B.HARON
* Kejohanan Olahraga Zon Bangsar lompat tinggi ( tempat 1 ), Wakil Zon Bangsar dalam
Olahraga MSSKL 2008 lompat tinggi ( tempat 1 ), Kejohanan Olahraga MSSM ke-50
lompat tinggi ( tempat 4 )

4.CARLVIN ANAK NINGGANG
* Kejohanan Olahraga MSSKL Zon Bangsar 200m ( tempat 2 ), wakil zon Bangsar dalam
Olahraga MSSKL 2008 ( tempat 4)


5. HILMIE FAZHAN
* Kejohanan Olahraga MSSKL Zon Bangsar merenjam lembing ( tempat 3 )

6. RAMANJIT KAUR a/p ARANJIT SINGH
* Kejohanan Olahraga MSSKL Zon Bangsar 5000km jalan kaki ( tempat 2 ), wakil Zon
Bangsar dalam Olahraga MSSKL 2008 ( tempat 4 )

7. NOOR AMIRAH
* Mereantas desa Zon Bangsar ( tempat 12 ), Larian Perpaduan Merdeka 2008 (tempat 43)

8. MUHAMMAD IZZAT
* Merentas Desa Zon Bangsar ( tempat 12 )

9. SITI NAZIRAH Bt HADZIR
* Larian Perpaduan Merdeka 2008 ( tempat 43 )

KEBANGGAAN SEKOLAH 2008















Pasukan Bola Baling
Perempuan bawah 15 -JOHAN PERINGKAT ZON
BANGSAR
Lelaki bawah 15- NAIB JOHAN ZON BANGSAR













Naib Johan KRS Kawad Kaki
Peringkat Zon Bangsar